Wednesday, 2 May 2012

Salasilah keluarga

Bermula dengan datuk yang bernama Yahya Abdul Jalil yang berkahwin dengan nenek yang berketurunan Cina, Suraya Abdullah. Mempunyai tiga puteri yang mewarnai hidup mereka. Diberi nama Suri, iaitu mak long saya, Farida, ibu saya sendiri, dan Selina, iaitu mak su saya. Setelah dibesarkan dan disekolahkan di sekolah bandar, ketiga-tiga cahaya mata datuk dan nenek telah berjaya dan mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan masing-masing. Ibu diijab kabulkan dengan ayah yang berketurunan India pada 6 September setelah lama berkenalan sejak bangku sekolah lagi. Setahun selepas berkahwin, ibu melahirkan kakak dan kemudian melahirkan saya setahun selepas kakak dilahirkan. Kini, kakak menuntut di Sekolah Menengah King George V di tingkatan 5 dan saya menuntut di Maktab Rendah Sains MARA Jasin, Melaka di tingkatan 4.

No comments:

Post a Comment