Keluargaku Jiwaku! Itulah ungkapan yang paling sesuai digambarkan untuk keluaga saya. Menyelidik lebih mendalam mengenai keluarga saya. Terdiri daripada empat orang ahli keluarga, sepasang suami isteri yang lebih mudah jika saya gelar mereka sebagai ibu dan bapa saya, seorang kakak dan saya sendiri, sebagai anak bongsu yang melengkapkan empat sekeluarga kami. Kami sekeluarga tinggal di sebuah rumah teres yang terletak tidak jauh dari bandar Seremban, Negeri Sembilan. Keluarga harmoni lahir daripada luhur budi insan nurani. Tanpa ibu dan bapa atau "mak dan ayah" yang merupakan gelaran yang kami bahasakan di rumah, tiadalah saya dan kakak pada hari ini dan tanpa mereka, kami tidak mampu membesar. Boleh disimpulkan di sini bahawa Keluargaku memang Jiwaku.
Mak dan ayah
Kakak dan saya
No comments:
Post a Comment