Keluarga saya terdiri daripada empat orang ahli, ibu, ayah, kakak, dan saya. Saya bersekolah di sebuah sekolah berasrama di Melaka yang tidak kurang jauhnya dari rumah. Hanya kakak yang berada di rumah bersama ibu dan ayah. Ibu bekerja di Kuala Lumpur sebagai pegawai bank. Namun, walaupun penat bekerja seharian, ibu tidak pernah mengabaikan kami berdua. Segala kerja rumah tetap diurus dengan baik. Ayah pula bekerja sebagai pemandu yang memerlukan dia bekerja dari awal pagi hingga lewat malam. Kami sekeluarga jarang lihat ayah. Biarpun begitu, apabila ada waktu lapang, kami akan meluangkan masa bersama-sama dan bagi saya, kakak dan ibu, kuantiti masa tbukan menjadi ukuran. Yang penting adalah kualiti masa yang diluangkan bersama. Kakak pula, setelah pulang ke rumah, dia akan tinggal berseorangan di rumah sehingga ibu pulang. Dia juga menaiki bas awam untuk pulang. Memang keluarga jarang mempunyai masa untuk diluangkan bersama, namun, kami tetap bahagia dan sentiasa bersama dalam apa jua. Saya dan kakak sangat rapat seperti kawan baik. Kami sentiasa berkongsi semua perkara yang kadang-kadang, ibu dan ayah tidak tahu.
No comments:
Post a Comment